Monday, April 6, 2009

Air Minuman Sedunia. Pencemar didedahkan: DADAH

AP Mendedahkan bahawa Bekalan Air Minuman Seluruh Dunia Mengandungi Ubat-ubatan

Air yang tercemar bukan selalu kelihatan keruh. Setiap gelas air yang anda minum mungkin mengandungi herbisid, sisa kimia dan arsenik. Kini, menurut laporan khas "Assosiated Press" (AP), anda boleh menghasilkan koktel toksin dengan mencampurkan sisa-sisa farmaseutikal ke dalam campuran toksik ini.

Ahli-ahli pasukan Penyelidikan Nasional AP mengkaji semula beratus-ratus laporan saintifik, menganalisis pangkalan data air minuman persekutuan, mengunjungi tapak kajian persekitaran dan loji rawatan serta menemuramah lebih drpd 230 org pegawai, ahli akademik dan ahli sains. Mereka juga kaji selidik 50 buah bandar terbesar dalam negara dan pembekal2 air dlm kesemua 50 buah negeri.

Menurut paparan bertarikh 9 Mac 2008, penyiasatan yg dilakukan selama 5 bln ini mendapati bahawa "pelbagai jenis bahan farmaseutikal - termasuk antibiotik, antikonvulsan, penstabil mood, dan hormon seks memirau proses2 rawatan air kumbahan moden dan telah dijumpai dalam bekalan air minuman sekurang2nya 41 juta rakyat Amerika".

Masalah ini tidak hanya berlaku pada air permukaan. Malahan bahan farmaseutikal juga menelap masuk ke dalam air bawah tanah, iaitu 40% drpd bekalan air US.

Komuniti saintifik semakin risau tentang pencemaran ini, krn sesetengah ubat, atau kombinasi ubat-ubatan membahayakan manusia dlm jangkamasa berdekad-dekad kemudian kerana bkn spt pengambilan makanan tertentu; air diambil dlm jumlah yg besar setiap hari.

KETIDAKUPAYAAN Sistem Rawatan Air

Bukan semua jenis ubat-ubatan dpt diserap oleh badan.

Sesetengah ubat seperti antibiotik ciprofloxacin dan digoxin utk masalah jantung adalah susah utk dihuraikan, hanya kira2 separuh yg dpt digunakan. Ubat lain spt metformin utk penyakit kencing manis dan atenolol utk tekanan darah tinggi tidak dpt dihuraikan sebegitu bnyk, dan sekurang2nya 80% drpd pil2 ini dikumuhkan ke dlm tandas.

Sesetengah org juga mengepam perubatan mereka yg berlebihan ke dlm tandas. Kemudian air kumbahan tersebut dirawat sblm ianya disalirkan ke empangan, sungai atau tasik. Ia dibersihkan sekali lagi di loji rawatan air minuman sblm dihantar kpd pengguna.

Tetapi, menurut EPA, tiada sistem rawatan kumbahan yg mempunyai kepakaran khas utk menyingkirkan bahan farmaseutikal ini.

Lebih teruk lagi, terdapat bukti menunjukkan bahawa klorin yg ditambah semasa proses rawatan air sebenarnya meningkatkan ketoksikan sesetengan bahan farmaseutikal.